Ucapan
YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Titah Yang
Dipertuan Agung di Dewan Rakyat pada 24-Julai-2018
Saya bangun untuk
menyertai perdebatan usul terima kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Yang
Dipertuan Agung.
Full video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156758541274090&id=532284089
Full video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156758541274090&id=532284089
1. Kebebasan Beragama: Saya ingin merujuk
kepada Artikel 11 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
“Tiap-tiap
orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4)
mengembangkannya.
Dan
Artikel 3 Fasal (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Saya
telah mendengar ucapan rakan-rakan ahli dewan rakyat yang mengutarakan tentang
agama Islam. Saya perlu mengulangi di siini kepentingan penganut Buddhist,
Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme. Saya terbaca dari suratkhabar bahawa aduan
dari pihak persatuan agama bahawa mereka menghadapi masalah untuk permit
iktisas untuk sami-sami dan paderi-paderi untuk masuk ke Malaysia. Bukan sahaja
terdapat had untuk bilangan sami dan juga had untuk masa.
Saya meminta supaya Menteri yang dipertanggungjawabkan
untuk national unity untuk berjumpa dengan MCCBCHST (Malaysia Consultative Council : Majlis
Perunding Buddhist, Kristian Hindu, Sikh dan Taoisme) mengkaji semula polisi berkenaan bersama
dengan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.
Kelmarin, Menteri di
Pejabat Perdana Menteri iaitu Ahli Berhormat Parit Buntar telah memaklumkan
kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan berhasrat membentangkan Rang Undang-undang
Kebencian Agama dan Kaum. Saya meminta satu Select Committee ditubuhkan terdiri
daripada Ahli Dewan Rakyat pelbagai latarbelakang, kepercayaan agama untuk
menghalusi cadangan Rang Undang-undang dan full consultation dengan Majlis Agama
Islam, MCCBCHST dan wakil-wakil persatuan agama, stakeholders berkenaan untuk
mendapatkan pandangan semua pihak.
2.
Saya juga ingin melihat Kerajaan Pakatan
Harapan yang baru boleh memberi peruntukan wang dan tanah kepada major
religious establishment Semasa saya berkhidmat di Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
saya bekerjasama dengan Malaysian Buddhist Association untuk menganjurkan State
Wesak Day, bersama Christian Federation of Malaysia untuk anjurkan Christmas
Open House dan bersama Sidang Injil Borneo untuk anjurkan Gawai dan Kaamatan.
Oleh itu saya meminta
Menteri bertanggungjawab untuk National Unity turut memberikan penghormatan
kepada agama-agama dengan sambutan hari kebesaran agama peringkat nasional
samada Islam, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh dan Taoisme. Begitu juga dengan
major festival di Borneo iaitu Gawai dan Kaamatan.
3. Saya juga ingin melihat Kerajaan Pakatan
Harapan menitikberatkan hak-hak Bahasa ibunda di negara ini. Artikel 152(1)
Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan tiada seorang un boleh dilarang atau
dihalang daripada mengajar atau belajar apa-apa Bahasa lain. Di
4.
Di peringkat antarbangsa telah diadakan
sambutan International Mother Language Day (IMLD) pada 21-Februari setiap tahun untuk celebrate
language diversity. Saya melihat kekuatan bahasa di kalangan rakyat Malaysia
dan perkara ini harus diperkuatkan memandangkan dalam dunia ini perdagangan
antarabangsa telah menjangkau ke seluruh dunia. Pengetahuan bahasa Malaysia
amat berguna di Nusantara, Bahasa Mandarin untuk berurusan dengan Greater
China, Bahasa Hindu untuk benua India, Bahasa Arab untuk Timur Tengah, Bahasa
inggeris untuk perdagangan seluruh dunia.
Kerajaan
perlu memberi ruang yang lebih besar kepada pertumbuhan kepelbagaian bahasa
termasuk juga bahasa komuniti dari Borneo.
5.
Saya melawat madrasah dan sekolah agama
rakyat di Kawasan saya dan saya mendapati bahawa guidance dan juga bantuan dari
Kementerian Pendidikan diperlukan untuk membantu sekolah madrasah dan agama
rakyat. Begitu juga bantuan kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil perlu ditingkatkan.
6.
Saya mengalu-alukan polisi Kerajaan Negeri
Pulau Pinang, Selangor, Melaka untuk
mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) secara rasmi dan saya menanti-nantikan perubahan polisi di
peringkat Persekutuan.
7.
Saya berharap halatuju Bangsa-bangsa
Bersatu United Nations untuk mengiktiraf hak-hak bahasa dapat diberikan
titik-berat oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dan perlu ditonjolkan
dalam polisi-polisi Pendidikan, Perfileman, Kesenian dan Kebudayaan.
8.
Saya
juga ingin Kerajaan baru untuk meneruskan siasatan skandal-skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB). Begitu banyak laporan di media massa antarabangsa.
Saya perlu satu laporan lisan daripada Menteri berkenaan.
Begitu juga kes Pembinaan PFI Sdb Bhd
(sebuah government-owned company di bawah MoF incorporated). Agensi penguatkuasaan perlu melipatganda usaha
untuk siasatan jenayah kedua-dua kes tersebut and leave no stone untouched supaya
mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.
Saya pun hairan kenapa sebuah SPV
Pembinaaan PFI sdn bhd yang menerima peruntukan wang kerajaan dan ia gagal
mengemukakan akaun diaudit tahunan menepati masa dan kali terakhir Pembinaan
PFI sdn bhd mengemukakan akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah Tahun
Kewangan 2014
The Edge Malaysia melaporkan dalam edisi 16 Julai 2018 “A secret government debt that has ballooned to RM50 billion”.
The Edge Malaysia melaporkan dalam edisi 16 Julai 2018 “A secret government debt that has ballooned to RM50 billion”.
Saya ingin membidas kegagalan mantan
Menteri Kewangan Malaysia yang juga mantan Perdana Menteri gagal dalam
melaksanakan disiplin kewangan sehingga SPV Kerajaaan gagal mengemukakan akaun
secara tepat masa. Begitu juga 1MDB yang gagal mengemukakan akaun mengikut
masa. Saya juga ingin membidas Ketua Audit Negara yang gagal dalam tugasnya
dalam audit.
1 Section
167 Companies Act memerlukan semua syarikat untuk mengemukakan audited account
setiap tahun. Pembinaan PFI Sdn Bhd tidak terkecuali dari keperluan tersebut.
1 Janji 29 Buku Harapan. Meningkatkan ketelusan
integrity belanjawan dan proses
belanjawan.
Saya juga berpandangan bahawa perlu ada satu
perubahan dari Parlimen dengan penubuhan Jawatankuasa dan Select Committee.
----------------------